.:: tetupai_xp ::.

Aku

adaLah aku ini muHaimieY... aKu MasiH Lagi meNgaji seKaRang iNi... sOoOo seLama Mana boLah meNgaji aku NgajiLah... sOoO saper Nak HubuNgi aku e-maiL ajer Lah yer..

>> tetupai_xp@yahoo.com <<

Waktu

Holy Quran



Merepek repek


Kisah Lampau


aLhamduLillah..... Setelah seLamat berhari raya......
aKu terJumpa Clip Video UNIC nie haaaa...
seLamat haRi raYa aiDiL Fitriey
NENEK NEGRO DI KOTA MEKAH
Sekadar Sedikit Coretan untuk kita.....
" SeLamat Datang KenGkaWaN "

08/02/05
10/18/05
11/02/05
11/10/05
11/15/05

Tuesday, November 15, 2005

aLhamduLillah.....
Setelah seLamat berhari raya... maka aLLah taaLa diizinkan juga aku membuat sedikit coretan... bukan untuk siapa untuk aku juga, untuk orang yang nak baca....
Sayu hatii bila aku tengok video clip sami yusuf nie.... lagu tentang "ya Ommi"....
kalau korang nak rasa sayu cam aku korang tengok lah sendiri vedio Clip tuuu.. insya allah hati akan tersentuh... bagi anak-anak yang nakal-nakal yang tak berapa nak dengar kata-kata mak, insya allah akan dengar kata.....
Dalam lagu ni dia ceritakan siapakan ibu itu sebenarnya, harga kasih sayang seorang ibu, kasih ibu yang membawa ke syurga, kaihnya yang kekal selama-lama nya....
Persoalannya adakah kita mampu membalas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan, pengorbanan yang berpanjangan, memang tiada tandingan.... rela berkorban apa sahaja agar dia dapat lihat anaknya bahagia, berjaya, dan boleh jadi orang yang berguna....
mulianya jasa seorang ibu itu sehingga ALLah taala ceritakan di dalam al-Quraan akan kesengsaraan dan kepayahan yang dialaminya... maka ALLah taala memerintahkan agar kita sebagai seorang anak ini berlaku baik dan bersopan santun kepada mereka ibu bapa kita..... melayani keduanya dengan penuh kasih dan sayang... dan berlaku adil...
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"
 
Subhanallah, maha suci tuhan yang aku dibawah kekuasaannya,
maha suci tuhan ku yang telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan,
engkau ciptakan langit sebagai hiasan bumi, bukit bukau dan gunung ganang sebagai pasaknya,
Engkau limpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada manusia, walaupun Engkau tahu Ya ALLah manusia memang sering membuat ona durjana.....
Aku pohon kepada Mu agar diampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa ku yang telah memeliharaku, mendidik aku ke arah mengenal Mu ya ALLah.....
Oleh itu dikesempatan yang ada nie aku nak isilah cLip Video sami Yusuf nie Ya Ommie....
korang dengar lah yer... kalau nak nyanyi sekali ader lirik nyer sekali kat bawah tuuu...
wassaLam.......
Sami Yusuf - Ya Ommiey
........................
Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me
Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you
You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you
Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother
Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me




teTupAi_XP | Honestly On | 8:21 PM.

|

#######

Thursday, November 10, 2005

asSaLamuaLaikom....

seLamat hari raya kat semu... sOoO saya Harap ada diantara kita Ummat MuhaMMad pada hari ni mengerjakan puasa enam.....

soo pada kengkawaN aku... aku membuat seruaN agar kita berPusu-pusU berpuasa eNam yer....

emMmM bukannyer aper banyak paeDahnyer daN paHaLa poN ada... biLa buat kebajiKaN tuu diKatakan seBagai Ibadat... bab Kata Kak Jat (Datuk Seri Shahrizat Abd. JaLiL )....

haa saper yang nak tengok Clip Video Unic nie... ciLik kat bawah tuuu... muLa-mula dia sangkut lah duluu... pas dah habis dia baca semua.. korang ulang balik.. compem jadiii baik puNyer....

seLamat berhiBur yer...

" World...World juger aKhirat janGan Luper.... "







teTupAi_XP | Honestly On | 10:00 PM.

|

#######

Wednesday, November 02, 2005

DSC02148.jpg
"aSsaLamuaLaikOoM WaroH MatuLLah HiwaBarokaTuH"
 
 
Di keSempataN yang aDa iNi iNgin aKu uCapkaN
 
 
"seLamat Lah MenYambut OLeh kaMu seMua aKan Hari Raya aiDiL fitri uNtuk taHun Ini"
 
 
DaN juGa Maap diPoHoN kaLau aku Ader MeLakukaN kesaLahan kat EngKau Orang yer...
 
 
seMoGa berBaHagiaLah kaMu seMua henDaknyer....
 
KaLau kau OraNg aDa Dosa deNgan teLahPoOoN aku maApKaN....
 
 
ok Laaa berJumpa di Lain maSa...
 
WaSsaLam




teTupAi_XP | Honestly On | 4:40 PM.

|

#######

Tuesday, October 18, 2005

NENEK NEGRO DI KOTA MEKAH
OLEH FAISAL TEHRANI

USIA engkau 50 tahun. Dengan akal yang waras, sudah tidak mungkin, sama sekali; engkau mengandung. Tetapi demi Allah yang Maha Kaya dan Hebat, usia 50 tahun bukanlah halangan untuk mencipta satu keajaiban. Allah Maha Besar. Tidakkah kau mempercayai-Nya?

Selepas solat Zohor, suami engkau menyentuh. Entah apa khayal nakalnya, dia hanya bilang mahu melepaskan keinginan di tanah suci. Engkau memberi. Kemudian seusai mandi kalian berdua bergerak ke Masjidil Haram menerusi pintu Nadwah. Sesudah Asar, berdualah kalian untuk ke Taneim. Di sini engkau berniat umrah dan sebaik pulang ke tanah haram, engkau mulai bertawaf seiring dengan suami mulai jam 6 petang. Ternyata waktu-waktu begini tidak panas kerana matahari sedang turun membenam diri mengikut perintah Ilahi yang menciptakannya tetapi perlahan-lahan juga orang agak ramai untuk bertawaf.

Alhamdulillah engkau selesai mengerjakan umrah sebelum azan Isya'. Sempat engkau lihat ke langit, bulan bersabit tergantung di langit, Kaabah yang mulia tersergam agam dan agung entah kenapa membuatkan engkau sebak. 30 tahun berkahwin tanpa anak. Sekali ini engkau rasa amat mahu meminta. Seorang memadai ya Allah. Sesungguhnya isteri Zakaria lebih tua dari aku, rayu engkau kepada Tuhan Yang Maha Esa. Kemudian engkau duduk di saf sembahyang yang menghadap Kaabah.

Masjidil Haram waktu awal malam; dengung bacaan al-Quran berbaur bagai suara lebah merdu bertingkah dengan anak-anak menghilai. Engkau lihat juga petugas Masjidil Haram cekatan mengatur jemaah wanita dan lelaki supaya berasingan, juga bersungguh mencegah jemaah Iran yang terkadang sedikit emosional di depan pintu kaabah dan Maqam Ibrahim bersilih dengan pemandangan kumpulan lelaki dalam kain ihram mendedah bahu kanan bertawaf mengharapkan kebaikan dari Tuhan.

Engkau sedikit terganggu, ada jemaah muslimah tergesa mencari saf yang kosong sambil mendukung bayi, mereka mengenakan jubah pelbagai warna. Engkau pejam mata. Engkau buka semula. Engkau lihat lagi langit, bulan sabit masih molek tersangkut. Kumpulan merpati melayang rendah sesekali hilang di sebalik menara Hilton Mekah, muncul semula di celah istana tetamu yang agam dan kelihatan seolah bertenggek di tingkat suite Dar al Taqwa Intercontinental hotel. Merpati-merpati indah sedang tekun beribadah.

Engkau terhidu bau atar mengapung harum menusuk deria hidu dan melihat langit lagi, awan nipis dan angin sesekali sepoi sahaja tiupannya melanggar pakaian pada tubuh, menampar pipi. Engkau bilang tasbih di tangan. Azan Isya pun berkumandang. Engkau bersembahyang. Lunak suara imam membacakan surah Yaasin, penawar hati di dalam al-Quran. Kemudian, sesudah solat jenazah usai, engkau meluru ke arah Multazam, sedar engkau tidak ditegah menghampirinya, lantas engkau berdoa lagi.

50 tahun engkau mahu mempunyai anak. Suami engkau pernah berkata, “Tak apa Hajar. Abang sudah redha dengan ketentuan Allah. Kita bahagia bersama dan tentu sahaja ada hikmah besar yang tidak pernah kita maklumi.” Tetapi kali ini engkau meminta-meminta-meminta. Engkau pulang bersama suami, bersama berpimpinan tangan menghala ke Asia Palace, di hadapan kedai runcit berhampiran hotel engkau singgah sebentar untuk membeli air mineral botol besar.

Tiba-tiba engkau disergah nenek negro itu. Ia bertudung serba hitam dan kepam. Pipinya berkedut dan tangannya; sepuluh jari berbalut warna jingga inai yang kian pudar. Matanya kuyu. Bibir nenek negro itu bahagian bawah lebih tebal dari bahagian atas sedikit terjuih dan engkau sedar di kedua-dua lengan terpasang gelang perak yang sarat.

Dia berdiri di hadapan muka pintu kedai runcit tidak bersuara dan hanya pergi setelah diberi air mineral sebotol oleh pekedai yang tidak banyak bicara dan semacam mengerti ragam nenek tersebut. “Ketepi Hajar, nenek gila nak lalu.” Kata suamimu, menghela tangan untuk memberi laluan kepada nenek berkulit legam itu.

Dia menoleh ke arah engkau, merenung tepat seolah-olah memahami kata-kata suami engkau dan marah menyala pada matanya terpanah membakar rasa dalam jiwa engkau. Telan air liur engkau telan dan engkau perlahan-lahan cuba tersenyum. Nenek negro masih tajam merenung tanpa reaksi dan kemudian perlahan-lahan dia juga tersenyum. “Jangan abang cakap begitu lagi lain kali. Marah dia.” “Argh bukannya dia faham.” “Tak faham pun tak baik kata begitu, orang gila di kota Mekah jangan-jangan wali Allah.” Engkau naik ke tingkat atas, makan minum dan sudah lima hari, setiap kali makan tengahari serta makan malam engkau menghimpun pelbagai jenis buah-buahan yang dibekal oleh pakej umrah.

Ada pisang, limau, oren dan anggur. Engkau bawa semua naik ke atas dan isi di dalam kampit yang asalnya kecil kini mengembung menjadi besar. Engkau tidur dengan perut kekenyangan. Sebelum mata terlena, engkau terbayangkan nenek negro lagi. Kemudian engkau lelap terus. Di dalam tidur nenek negro muncul tersenyum kepada engkau dan bersuara.

Mula-mula butir katanya tidak jelas tetapi kemudian bicara itu menjadi terang. Nenek negro ternyata fasih berbahasa Melayu dan Arab. “Siti Hajar, akan aku bacakan ayat kedua surah al-Insan bahawa: Sesungguhnya Kami mencipta manusia daripada nutfah yang bercampur.” Engkau terjaga, dikejutkan suami dan diminta lagi. Engkau pun memberi. Sesudah selesai, engkau mandi dan azan pertama berkumandang dari Masjidil Haram.

Berdua kalian bergerak ke al Haram, engkau jinjit sama kampit berisi buah-buahan. “Nak buat apa Hajar?” Tanya suami engkau. “Sedekah, dari tidak dimakan. Kita beri kepada musafir atau orang-orang yang kelihatan merempat tidur di perkarangan masjid.” Engkau berpisah dengan suami di hadapan eskalator menuju ke pintu Umrah. Janji bertemu sesudah subuh. Engkau sedang melilau mata mencari jika ada orang yang layak disedekahkan buah-buahan itu apabila tiba-tiba muncul nenek negro.

Dia senyum kepada engkau. Engkau senyum kepadanya. Engkau unjukkan kampit berisi buah-buahan. Dia lebih senyum. Nenek negro tiba-tiba di luar duga memegang perut dan menekan rahim engkau.

“Allah berfirman dalam al-Mukminun pada ayat yang empat belas bahawa: Kemudian daripada nutfah Kami jadikannya alaqah.” Engkau terpinga pada mulanya. Nenek negro berbisik lagi, “Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah.”

Engkau gamam. Sungguh-sungguh gamam. “Bacalah Hajar ayat-ayat Tuhan dalam surah al-Hajj yang kelima: Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.” Engkau menitiskan air mata. Nenek negro senyum dan menyambung,

“Baca jugalah ayat ke sembilan dalam surah as-Sajdah apabila Tuhan mengesahkan: Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan akal tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.”

Kemudian nenek negro pergi membiarkan engkau teresak di hadapan pintu Umrah seorang diri hingga terdengar azan Subuh dilaungkan merdu dan beralun indah menampan kalbu. Hari demi hari berlalu, dan engkau sedia berangkat untuk pulang ke tanahair. Di hadapan kedai runcit, saat menawar beli buah tin dan zaitun sekali lagi engkau terserempakkan nenek negro yang sama. Masih mengulang laku tempoh hari, berdiri menghadang pintu kedai runcit dan hanya berlalu pergi jika diberi sebotol air mineral.

Engkau menegurnya, tetapi dia berbuat endah tidak endah dan sama sekali tidak peduli seolah-olah pekak tuli dan tidak mengerti. Dia memandang kosong ke arah engkau seolah-olah langsung tidak mengenali. Apakah tandanya Tuhan? Tanya engkau berulang kali. Sehari kemudian, seusai tawaf wida, engkau pun naik ke dalam bas dan bergerak menuju ke Jeddah. Engkau mengesat air mata, terharu berpisah dengan kebesaran Allah, berharap dapat kembali lagi. Entah bila. Janganlah berpisah terlalu lama. Engkau lempar pandangan ke luar jendela, menyelak langsir dan terlihat seorang wanita yang engkau cam, nenek negro melambai sambil tersenyum. Engkau balas lambaian dan tersedu.

Tidak engkau sedari zygotei sudah berlaku. Segumpal darah beku ibarat lintah atau endometriumii sedang berlaku di dalam rahim engkau. Bahawa tanda-tanda kebesaran Tuhan sedang terjadi. Sebulan kemudian di dalam rahim engkau, berkembang somitesiii menjadi vertebraeiv maka tulang-tulang pun membentuk di dalam daging yang terselimut somatic mesodermv. Sungguh-sungguh al-Quran satu mukjizat agung menjelaskan kejadian manusia lebih awal mengatasi pengetahuan ilmu embriologi.

Engkau bermimpi lagi apabila kandungan engkau sudah sarat. Demi Allah, nenek negro datang lagi. Kali ini lebih berseri tersenyum menampakkan giginya yang rongak. “Maka Hajar, tidakkah kau bersyukur dan lebih percaya bahawa Tuhan itu Maha Besar?” Nenek negro memegang tasbih butir seribu, tudungnya lebih kemas dari dahulu dan serba putih bercahaya. Dia bertenggek dengan sebelah tangan memaut runcing bulan sabit di atas langit, di bawah Masjidil Haram berkerlipan cahaya neon dan sibuk manusia beribadat kepada Allah. Nenek negro di kota Mekah pun meresap hilang dari mimpi.

50 tahun dan Tuhan menunjukkan kuasa-Nya. Usia engkau 50 tahun. Dengan akal yang waras, sudah tidak mungkin, sama sekali; engkau mengandung. Tetapi demi Allah yang Maha Kaya dan Hebat, usia 50 tahun bukanlah halangan untuk mencipta satu keajaiban. Tidakkah kau kini beriman kepada Tuhan Allah, serta memperakukan Islam itu sebenar-benar deen daripada-Nya?




teTupAi_XP | Honestly On | 5:11 PM.

|

#######

Tuesday, August 02, 2005

Aku duduk seketika memikirkan apa yang akan aku buat hari ini, dengan bertemankan sebatang pen dan juga kertas yang bermaruah. Tak ada apa yang mampu aku lakarkan untuk hari ini, sekadar memerhatikan apa yang berlaku hari ini. Mata ku terus mencari-cari sesuatu, melihat burung terbang sekawan, ayam pula amat tekum menguis-nguis mencari makan untuk terus hidup sebagai seekor ayam.

aku sempat melihat gelagat kanak-kanak yang hadir ke kelas iqra` hari ini, ada yang kena marah sebab malas nak mengulang kaji, ada yang balik cepat sebab mak ayah dah tunggu di pagar, ada yang menggaru-garukan kepala seolah-olah memikirkan sesuatu. Apa yang dipikiran pun aku tak tahu, yang penting sudah tentu masalah nya yang masih belum lagi berjaya diselesaikan untuk hari ini. kelibat kanak kanak ini membuatkan aku berasa bahagia dan selesa dengan kehidupan aku sekarang ini. Hati ini memanjatkan rasa seribu kesukuran yang tidak terhingga kepada iLLahi. Kerana dengan izinnya aku di sini.

" Ya ALLah ya tuhan ku, aku mohon dikekalkan keamana yang telah kau kurniakan ini, disejahterakan bumi ini daripada segala bala bencana, dicampakan roh keimanan di dalam jiwa-jiwa kami ini, jangan engkau tarik kembali segala apa yang telah engkau kurniakan ini kepada kami, engkau sinarkan nur hidayah kepada seluruh manusia. Amin Ya Rabbal ALamin". Bisik hati keciL ku ini.

Hari semakin petang, anak muda sibuk dan tekun bermain bola bersama rakan-rakan yang lain. Aku masih lagi sebagai pemerhati. Macam-macam gaya yang mereka pamirkan, tak kurang juga ada yang melakukan "skiLL" ala-ala Ronaldinho. Bila tiba sahaja untuk mengambil sepakan percuma, masing-masing berebut nak sumbat gol ala-ala Bechkam. Dunia-dunia. Aku hanya tersenyum sendirian memerhatikan gelagat mereka itu. sesekali manusia ini berfikir pendek. Ada juga yang bertindak di luar kawalan. kepala ku digeleng-gelengkan.

Inilah keindahan suasana kampung, masyarakatnya sentiasa hidup dalam bermasyarakat, masih lagi ada erti kenal kepada jiran tetangga, berjabat tangan beramah mesra, bersalam salaman tanda keakraban sesama mereka. Masih kenal lagi saudara mara dan sahabat handal. Tidak seperti mereka yang hidup di bandar-bandar besar hanya mementingkan diri sendiri. Hidup tidak ubah seperti seekor kera sumbang yang tidak kenalkan ketuanya. Bila susah terkial-kial minta pertolongan, bila senang jiran-jiran, saudara mara dicampakan kelongkang seperti tidak berharga. Apa sudah jadi pada mereka ini. Nak kata apa?

Selagi mana aL-Quran dan aS-sunnah tidak lagi jadi panduan hidup, itulah jadinya, hidup nafsi-nafsi. Rasullullah menganjurkan kita hidup dalam jeamaah. Hidup bila tuhan diketepikan, harta dunia jadi panduan, hiburan-hiburan dan perempuan-perempuan jadi teman, maka tunggu saja bala ALLAh taaLa. aL-Quraan tidak ubah seperti kitab-kitab tua yang tiada orang baca. Tidak lagi didenganrkan dan didendangkan dengan kecantikan suara yang ada. Macam mana kita nak mengambil menafaat daripadanya sekiranya aL-Quraan pon kita tinggalkan ataupun sekadar hiasan untuk tatapan. Dunia-dunia.

Aku takut sekiranya aku tergoLong di dalam golongan orang-orang yang demikian. "Ya ALLah kau tetapkan iman Ku ini, jangan Engkau tarik balik setelah engkau bagi Hidayah kepada ku ini. Amin."

"Walau apa-apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan", skrip Rosyam Nor dan Nasya Azizi dalam Laila IsabeLLa. Memang betul hidup mesti diteruskan. Azan Maghrib berkumandang, sayu di hati ini kerana aku masih dihidupkan oleh ALLah taala sehingga kesaat ini. Rasa syukur yang tidak terhingga kerana aku masih di sini. Kewajipan mesti ditunaikan. Hanya Lima kali sehari semalam. Itupun masih ada orang yang malas nak menunaikannya, teramat berat untuk melaksanakannya, seolah-olah satu ajakan untuk berperang dan berjuang. Ketika mana lagi masa untuk kita berkomunikasi dengan aLLah taala dan mengadu nasib kalau bukan pada ketika ini. ketika mana lagi masa untuk kita bermanja-manja dan memuji-mujin-Nya kalau bukan saat ini. " Maha suci Zat Mu ya ALLah, aku mohon agar diterima segala amaLan Ku yang serba kekuranyan ini, janagn engkau hukum aku kerana kekurangan ini Ya Allah, amin."
"Assalamualaikom Waroh Matullah, assalamualaikom Waroh Matullah", ucapan salam ke kiri dan ke kanan diberikan, tanda aku selesai menunaikan tuntutannya. "Astghfirullah halaazim" diselang-selikan, tanda kerdilnya aku dihadapan mu ya ALLah, ketaatan aku ini tidak setanding dengan ketaatan Nabi Mu dan juga kekasih Mu Muhammad s.a.w Ya ALLah. Aku hanya sebagai ummatnya yang cuba mencontohi kekasih mu itu Ya ALLah.
sedang asik aku membelek-belek buku yang ada ditangan sementara menantikan waktu isyak, jam ditangan menunjukan sudah sampai waktu untuk menikmati Berita Terkini. Sudah tentu TV3 jadi pilihan kerana skopnya amat menarik dan berbeza dari tv-tv kerajaan yang sedia ada. (Walaupun TV3 itu juga serpihan kerajaan juga), tetapi pengisiannya jelas berbeza.

Berita dimulakan dengan perkembangan Islam Hadhari (Abdullah Ahmad Badawi- Pak Lah), sehingga menyebabkan kesilapan pada sebutan oleh pemberita islam had-hari, aku hanya mampu tersenyum. Mungkin lidahnya nasih belum begitu sedia untuk menerima istilah sebegitu. Istilah yang banyak menyebabkan kontrovesi kepada golongan ahli ilmuan dan juga golongan ulama-ulama yang ada. Masing-masing ada pendapat dan pegangan masing, maka terpulanglah. Cukuplah kita menjadi permerhati kepada mereka-mereka yang berkenaan, kita timbang bedasarkan kewarasan berfikir dan juga ilmu yang ada, jangan berpandukan nafsu semata-mata untuk memiliki segala apa yang kita impikan.

sedikit percanggahan dan perselisihan faham itu amat menarik sekiranya ia disalur dan disadurkan dengan cara yang terbaik. Kita boleh menikmati kemanisannya. Kerana apa yang penting pada ketika ini adalah kesatuan dan keutuhan masyarakat. Perpecahan itu membuatkan bertepuk tangan dengan apa yang berlaku. Kita diperhatikan oleh masyarakat dunia kerana kita cukup berani melaungkan slogan " Dunia Perlu Diamankan Semula " (Dr. Mahathir), kita juga sentiasa mendesak agar perperangan dihentikan segera. Inilah Malaysia di mata dunia. Kita diperhatikan. Kerana kita negara membangun yang mampu bersuara dan memberikan pendapat kepada pemimpin dunia.

opss!! rasa seperti Perdana Menteri pulak rasanya bila aku berfikiran sebegitu, itulah kebebasan dan keamana hidup yang kita miliki.

Buletin Utama diteruskan lagi mengenai konfliks Israel VS Palastine, diikuti pula dengan pencerobohan Amareka ke atas Iraq, apa nak jadi. Amareka masih lagi dengan kempen memerangi keganasan. Kenapa mereka sibuk menyatakan hasrat mereka untuk memerangi keganasan. Adakah peristiwa 11 September itu membuatkan mereka berasa terancam dan diancam oleh anasir-anasir asing sehingga membuatkan mereka terpanggil untuk memerangi keganasan di dunia ini? Ataupun peristiwa 11 September itu membuatkan mereka berasa malu dengan apa yang berlaku, WTC dan juga PENTAGON dilanggari oleh beburung besi yang terarah tanpa diundang menghentam lambang kebanggaan dan kemegahan mereka (WTC), manakala PENTAGON adalah lambang kekuatan pertahanan yang digeruni seluruh dunia. Inilah Amareka di mata dunia. Peristiwa ini seolah-olah telah menggerakan gergasi yang sedang nyenyak tidur. Nama Monica Lwinskey yang telah memahat namanya dipersada dunia dengan skandal yang memalukan. Walaupun pada masa itu dia hanyalah seorang budak suruhan yang patuh pada arahan majikan. Seorang rakyat Amareka yang digeruni juga agaknya.

Peristiwa 11 September ini mencalitkan satu sejarah baru dunia, sehingga IsLam ini dikaitkan dengan keganasan sedunia (Terorris), IsLam mula dihentam, IsLam mula dicaci, IsLam mula ditunding jari kerana dikatakan telah menganjurkan keganasan. Osama Bin Laden dikaitkan dengan kejadian ini. aL-Qaeda, Jemaah IsLamiyyah dan yang seangkatan dengannya. Adakah benar meraka semua ini adalah dalang di atas segala keganasan yang berlaku. Ataupun ini hanyalah propaganda Amareka yang memang sedia membenci dan memusi IsLam. Ternyata ini adalah fitnah dan propaganda dunia.

Kita tahu IsLam sentiasa mengajak kita kepada persaudaraan dan keamanan. IsLam mengajar kita kenal siapa musuh siapa lawan kita. Hubungan sentiasa dijaga untuk menjaga keamanan dan keharmonian. tetpai kenapa IsLam sentiasa dikaitkan dengan keganasan sedunia. Apakah sebabnya?

mungkinkah kejahilan Ummatnya dalam menguasai sega lapang ilmu itu membuatkan kita Ummat Islam dipandang hina dan sentiasa dikaitkan dengan keganasan? Sudah tiba masanya Ummat IsLam bangkit, mencari dan mengutip segala apa yang mereka pernah hilang selama ini.

Aku terdiam melihat propaganda dunia apabila IsLam dikaitkan dengan keganasan. Aku tundukan kepala muhasabah diri ini, aku dongakkan kepala kelangit, maka akan aku lihat langit terbentang luas, tenteram damai dan aman. Aku tadah tangan berdoa,

" Ya aLLah kami pohon agar dipelihara kami ummat IsLam seluruh dunia dari fitnah dunia yang menekan ini Ya ALLah, kau jadikan peminpin-peminpin kami seperti Saidina Umar aL-Khattab yang meminpin kerajaan, yang menjadikan al-Quran dan aS-Sunnah sebagai panduan dan pegangan, agar Hadaroh dan Hadhari ini bergerak seiringan dalam membentuk masyarakat madani yang sentiasa diberkati oleh Mu Ya ALLah, Kami tahu Ya ALLah kemurkaan Mu dan Rahmat Mu itu terletak di atas dasar pemimpin kami, Maka kami pohon agar dicampakkan Hidayah dan Inayah mu kedalam hati-hati mereka agar sudilah kiranya mereka mendengar nasihat dan teguran para uLama, mufti-mufti yang dilantik agar terhala negara ku ini didalam landasan syariat Mu Ya ALLah. Amin..... ". Ini harapan kita semua. Ini harapan Ummat IsLam seluruhnya. Aku menarik nafas panjang.
Dalam banyak perkara kita perlu belajar daripada sejarah, sejarah kebangkitan, kejatuhan, kehancuran dan kemenangan. Aku tidak mahu melihat kembali kepada apa yang berlaku pada 1511. Satu tarikh sejarah yang tidak akan dapat dilupakan. Tarikh puaka inilah yang menyebabkan kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Fringgi Portugis yang bersifat kebinatangan dan bencikan IsLam.

Kenalkah kita kepada petualang-petualang durjana yang memainkan peranan dalam kejatuhan empaya IsLam Melayu Melaka? Albuquerque bukan satu nama yang asing dalam sejarah Melayu. Adakah kita sudah cukup belajar dari sejarah nagara kita sendiri?

Sebab apa melaka jatuh, dan tidak mampu bangkit lagi? adakah ia merupakan balasan daripada ALLah ataupun sebagai Ujian Kepada para peminpin kerajaan Melaka pada ketika itu? Apabila hukum ALLah tidak lagi didaulatkan, nafsu kebinatangan menguasai jiwa, perempuan-perempuan dijadikan barang tukar ganti pemuas nafsu silih berganti, maka tunggulah bala aLLah yang maka Kuasa.

Buletin Utama diteruskan lagi sehingga ke segmen sukan.(kalau ada kesempatan nanti aku sambung lagi, insya aLLah. kita bercerita pula tentang kejatuhan Melaka, so aku kena lah kaji sikit-sikit. Agar kita boleh belajar dari sejarah sedikit sebanyak. sebagai tauladan untuk kita.)
..................................... bersambung.............................




teTupAi_XP | Honestly On | 10:34 PM.

|

#######

P1280104.jpg
asSaLamuaLaikoM....
bertemu kembali seteLah sekaiaN Lama aku MendiaMkan Diri... aper HaL poN aku UcaPkan "SeLamat DaTaNg ke RuaNgan aKu ini"
aku nak UcapkaN berBanYak teriMa kasiH kepada PeLawat-peLawat teGar... Ha haaa.. ok Laa Lain Kali SaMbuNg laGi ..
WaSsaLam




teTupAi_XP | Honestly On | 10:11 PM.

|

#######

Counter

Free Web Counter
Free Hit Counter

Video

MeLody

Sami Yusuf
...Try Not To Cry...


Kengkawan

++ budAk mAchO ++
++ ikhwani ++
++ Salihin comey ++
++ SMD ++
++ ibnuhazam ++
++ Dinhoe ++
++ kay'z blog ++
++ aLias ++
++ sehAppIs ++
++ syedFadh ++
++ saLimi ++
++ aZLaNGaNu ++
++ KaY_ReX ++

PeNguNjuNg sEtiA